Juadah-juadah berbuka bersama ayahanda tercinta
5 Ogos adalah hari yang tak dapat Aku lupakan, kerana ia adalah tarikh lahir seorang yang amat penting dan merupakan seorang idola dari kecik malah menjadi hero dalam hidup Aku. Tidak lain dan tidak bukan dia ialah abah Aku yang bernama Haji Zainal Abidin Bin P. Ahmad yang kini sudah masuk 58 tahun usianya. Bagi Aku abah adalah segala-segalanya dalam hidup Aku, kerana dia adalah abah yang satu dan terakhir dalam dunia untuk Aku. Malah tiada seorang pun yang dapat ganti tempatnya tak akan sesekali pun dalam hidup Aku untuk selama-lamanya.
"Selamat ulang tahun kelahiran abah, anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah kekal sepanjang hayat." Ikhlas dari anakmu yang sentiasa menyayangi dirimu. - Aminurasyid.
#Kasih ibu akan membawa ke Syurga, Kasih ayah akan kekal sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment