
Aktiviti-aktiviti dalam Program Akaun
Hari rabu bersamaan tarikh 8 Ogos 2012 di College MCS, telah dilaksanakan aktiviti Program Akaun dengan meriah dan amat menghiburkan sekali. Aktiviti yang menguji minda, imiginasi, kesungguhan, serta daya tumpuan bagus untuk mengisi dan memberikan semangat kepada Mahasiswa MCS. Program ini telah disertai semua kuliah yang mengambil subjek akaun dalam subjek Akaun.
Nama kumpulan Aku dalam program ini ialah kumpulan no 21 dan merupakan salah satu daripada 4 kumpulan dari Group DOA 24. Kesemua ahli Aku terdiri daripada 7 orang, 5 perempuan dan 2 lelaki termasuk Aku sendiri. Ahli-ahli kumpulan Aku iaitu aku sendiri Amin, Ridzuan, Zila, Fatin Aini, Iama, Efa, dan juga Hamisah. Tetapi salah sorang ahli kami Ridzuan tidak dapat menhadirkan diri kerana demam.
Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan dalam program ini, yang pertama ialah permainan mencari perkataan dalam bahasa inggerisnya ialah Cross Word. Masa diberi dalam permainan ini iaitu 15 minit dan semua perkataan adalah berdasarkan subjek akaun itu sendiri. Dalam permainan ni kira mudahlah sebab mencari ayat. Tapi bengang sebab ada ayat terbalik, aku tabik pada ahli kumpulan aku sebab mereka boleh nampak.
Permainan kedua pula ialah antara permainan yang aku tak gemari iaitu permainan teka silangkata. Bab ni memang kena mengeja perkataan, bukan ayat-ayat biasa tapi nombor, waktu jam, dan memang kena main-main tambah-tolak-bahagi-darab. Antara contohnya 1200 nanti kena tulis One thousand and two hundred. Kalau yang gagal mengeja dan sebut memang sebutan "and" tak ada.
Permainan ketiga pula adalah paling mencabar, cari nombor dalam gambar dari 1 sehingga 25. Game ni, Aku tak dapat nak bezakan nombor apa yang ada pada gambar tersebut sehingga main pangkah je apa yang berkaitan dan tak berkaitan pun kena jugak. Resolusi gambarnya tak HD jadi memang banyaklah yang kumpulan aku tak dapat cari.
Akhir sekali adalah permainan membuat kraf kecik menggunakkan surat khabar. Kena hasilkan surat khabar menjadi barang yang telah di senaraikan dan pilih satu je. Antara kraf yang kena buat ialah lori, rumah, menara, mesin photostat, set sofa, set sofa, dan bank. Kumpulan Aku bersetuju untuk membuat set sofa, nak tahu sofa kumpulan Aku macammana anda boleh tengok sendiri gambar-gambar diatas. Sofa yang boleh jadi macam-macam.
Walaupun tak menang no. 1 dalam program ni, Aku amat berpuas hati dan terhibur dengan aktiviti ini, cukuplah dapat hadiah saguhati pun dah menenangkan hati. Sebenarnya masih tak dapat menerima kenyataan sebenarnya kalah. Apa-apa pun tahniah kepada Pensyarah yang telah menganjurkan program ni dengan jayanya. ;)
#Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Buatlah Lagi.
No comments:
Post a Comment