Thursday, 9 August 2012




Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi Julai 2012-Jun 21013
College MCS
42700 Banting, Selangor

Pihak Pengurusan MCS College
Lot 1, Aim Point Plaza,
Bandar Sungai Emas,
42700 Banting, Selangor

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BILIK KHAS UNTUK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklukan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengajukan surat permohonan ini untuk perhatian pihak tuan/puan.

2.         Sehubung dengan itu pihak Majlis Perwakilan Pelajar memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk memberi kelulusan kepada pihak kami bagi mendapatkan sebuah bilik kosong untuk dijadikan sebagai bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar. Permohonan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak kami bagi menjalankan sebarang aktiviti kolej dan juga perbincangan dari semasa ke semasa.

3.         Untuk makluman pihak tuan/puan, salah satu cara pihak kami mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini adalah dengan menggunakan kelas-kelas kosong yang tiada sesi pembelajaran, tetapi kebanyakkan kelas-kelas yang kosong hanya pada waktu petang antara pukul 5 petang shingga pukul 6 petang. Oleh yang demikian, ianya telah menjejaskan pihak kami untuk membuat sebarang perjumpaan dan aktiviti bersama kerana masalah masa, tempat yang sesuai, dan keselesaan kami untuk melakukan sebarang perjumpaan dan aktiviti.

4.         Sehubung dengan itu, pihak kami amat berharap agar permohonan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

5.         Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Diharap keputusan yang diberikan nanti dapat membantu memantapkan lagi tahap kepimpinan generasi Majlis Perwakilan Pelajar College MCS.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,                                              Disahkan Oleh,

…………………..                                  ……………………
(Aminurasyid Bin Zainal Abidin)                (Cik Mima Razana Mat Ghani)
Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar    Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar
College MCS                                            College MCS




No comments:

Post a Comment