Thursday, 9 August 2012

Jamuan Berbuka Puasa Kelas DOA 24

Berbuka Puasa Di KFC Banting

        Terima kasih kepada rakan-rakanku yang hadir memeriahkan jamuan berbuka puasa bersama-sama ini. Tidak lupa kepada yang tidak dapat hadir tu jika ada peluang lagi untuk melakukan aktiviti bersama-sama diharap dapat hadir di lain hari untuk menambahkan lagi suasana, keceriaan, serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita semua.

Antara sebab aku mengadakan aktiviti ini adalah sebab kita semua jarang meluangkan masa bersama-sama, bergurau senda, ketawa bersama-sama, berseronok dan melakukan aktiviti bersama. Oleh yang demikian, aku menggunakan peluang ini iaitu Bulan Ramadhan yang mulia ini untuk melakukan jamuan berbuka puasa bersama-sama antara kita semua. Aku mengharapkan aktiviti ini akan membuatkan kita tidak sesekali melupakan rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam mempelajari ilmu bersama-sama, menempuhi susah senang menghadapi test, exam, assingment, kuiz dan macam-macam lagi yang ditempuhi untuk sampai ke menara gading.

Akhir sekali, ingin aku ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakanku yang bersemangat serta memberikan kerjasama untuk aku melaksanankan program berbuka ini. Kita ibaratkan bersatu teguh, bercerai roboh tanpa anda semua, tak jadilah kelas kita " Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa" nanti. Tidak lupa juga kepada abang cina yang tolong tangkapkan gambar kita bersama-sama, terima kasih sangat-sangat. Sekian sebagai akhir bicara, aku berharap ini adalah salah satu kenangan kita yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. ;)

#Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas.

No comments:

Post a Comment