Dia adalah seorang yang amat bererti dalam hidup walaupun selalu menunjukkan sifat kasar pada luaran, tapi dalam dirinya hanya Aku sahaja yang mengetahui dirinya bagaimana. Dia sering mewarna dan menceriakan setiap hari-hariku dengan telatah dan karenahnya yang pelbagai ragam dan tak pernah sedikit pun bagiku rasa rimas dan bosan bila bersama dia malah ia membuatkan Aku semakin jatuh dan jatuh cinta pada dia setiap hari. Ingin Aku memberitahu pada dia yang Aku sentiasa jatuh cinta pada dia setiap hari dan hanya dia seorang untuk selama-lamanya.
Meskipun dia duduk berjauhan dari aku ia tak ada masalah untuk Aku bersama dengan dia, walau dimana pun dia berada Aku akan sentiasa dekat dengan dia, walau jauh sekalipun jarak antara kami berdua. Aku tetap akan hadir untuk menemani dia ketika dia memerlukan Aku berada disamping dia. Aku janji hanya mencintai dia seorang sahaja dan hidup bersama dengan dia untuk selama-lamanya. ;)
#Setia Pada Yang Satu, Pasti Membuatkan Hubungan Lebih Bahagia

No comments:
Post a Comment