Pengenalan Kami

Saya mengucapkan terima kasih kerana menjadikan saya Aminurasyid Zainal Abidin sebagai satu-satunya lelaki yang amat bererti dalam hidup dia Siti Haija. Saat perkenalaan pertama saya dengan dia dari darjah tiga lagi, itulah saat saya mengenali diri dia dan banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang itu. Sehinggalah darjah lima saya cakap yang saya suka pada dia, dekat koperasi sekolah ketika dahulu. Dia mesti ingat peristiwa ini. ;).

Saya amat bersyukur, sehingga kini jodoh antara kami semakin lama semakin kuat. Alhamdulillah, saya dapat peluang pertemukan dia dengan keluarga saya iaitu orang yang amat saya sanjungi iaitu ayah dan ibu saya. Ada respon daripada kedua ibubapa saya. ;). Bagi saya dia sangat bermakna dan bererti dalam hidup saya, tanpa dia kosong dunia saya tiada warna-warni yang menyerikan hidup saya..

Sekarang dah mencecah 10 tahun lebih usia perkenalan kami berdua dan sudah banyak dah kami lalui dan tempuhi bersama sepanjang tempoh saat kami suka, duka, gembira, ketawa, sedih semua dah lalui.. Kebahagiaan yang saya miliki tidak dapat dibayangkan betapa ikhlasnya cinta yang dia berikan, kesungguhan dua, dan kekuatan dia ketika disamping saya yang sentiasa menyokong kuat dari belakang.

Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan walaupun tidak cukup hanya ucapan terima kasih sahaja. Sebagai balasan keikhlasan cinta yang telah dia berikan pada saya seorang, saya hanya akan mencintai dia seorang sahaja, setia pada dia selama-lamanya, mencintai dia segenap hati saya sehingga ke akhir hayat saya dan nantikan saat kami diikat dengan ikatan yang sah kelak. ;)

#Memohon semoga kekalkan kebahagiaan ini sehingga ke akhir waktu.. Amin.. :)

No comments:

Post a Comment