Komen Dari Si Dia Dalam "Kenangan Kita Akan Kekal Selamanya" :
Saya sayang awak untuk seluruh hidup saya.sampai bila bila awak akan sentiasa ada dalam hati saya.saya akan sentiasa menyayangi awak sampai akhir hidup saya.setia saya hanya bersama awak.sayang saya hanya untuk awak.kasih saya hanya pada awak dan cinta saya ikhlas untuk awak.i love you so much sayang.maaf jika selama awak dengan saya,saya menyusahkan awak..buat awak rasa marah,kecik hati atau apa sahaja.saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. saya hanya sayang awak seorang :) ikhlas:haija
Maklum Balas Dari Saya Untuk Si Dia :
Terima kasih awak kerana telah menjadikan diri saya sebagai seorang yang amat penting dalam hidup awak. Bagi saya, saya rasa amat bertuah kerana dicintai oleh seseorang yang amat saya cintai iaitu diri awak. Sepanjang hayat saya, tiada orang lain selain diri awak yang sentiasa bertakhta didalam hati saya ini. <3
Awak pasti masih ingat lagi, saat-saat perkenalan kita yang pertama dulu ketika kita darjah 3 sama kelas dahulu. Saat tu kita sering bergaduh, cari pasal dan sakat menyakat antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu masa entah kenapa tiba-tiba pandangan saya, perasaan saya dan hati saya berubah, bila awak dihadapan saya hati saya sentiasa berdegup kencang dan perasaan malu saya menguasai diri saya. Masa dulu memang tak mengerti apa itu cinta, tapi kerana bencilah ia membuatkan kita dari benci kini menjadi cinta, dan dari gaduh-gaduh kini kita menjadi sayang antara satu sama lain. :)
Memang tidak dapat dinafikan lagi yang saya telah jatuh cinta pada awak pada saat itu. Malah bukan itu sahaja, awak sentiasa membuat saya kerap kali jatuh dan jatuh cinta pada awak sehinggalah kini. Disebabkan itu awak kena bertanggungjawab kerana buat saya selalu jatuh cinta pada awak. Awak kena denda iaitu awak kena mencintai hanya saya seorang sahaja untuk selama-lamanya. ;p
Secara jujurnya saya tak pernah sesekali pun ambil hati,terasa atau kecik hati terhadap awak sedikit pun tidak ada sama sekali. Jikalau ada pun, saya sudah memaafkan awak walau apa pun terjadi. Jangan risau ye awak saya sentiasa memaafkan awak, tapi saya nak bagitahu sesuatu ni pada awak. Maaflah kat sini tiada duit raya untuk awak tau. Hehehe. Selamat Menjalani Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Syawal yang akan menjelma tiba. Ikhlas dari seseorang yang sentiasa mencintai diri awak: Amin ;)
#Saya Cintakan Awak Dulu, Kini & Selamanya.

No comments:
Post a Comment