Thursday, 1 November 2012

Alhamdulillah Selesai Sudah

       Alhamdulillah, pada hari ini berakhir sudah segala assignment dan presentation untuk setiap subjek kuliah pada semester ini. Tahniah kepada rakan-rakan seperjuanganku kerana berjaya menyelesaikan segala kerja walaupun ada yang kena buat assignment tambahan jangan. 

         Jangan gembira dulu ye rakan-rakan kerana ada lagi yang menanti selepas ini iatu final paper yang lagi tinggal 2 minggu dari sekarang. Jadi diingatkan kepada rakan-rakan termasuk diri aku juga, jangan tanamkan niat malas-malas, study betul-betul masa study week jangan last minute, jangan tak datang kuliah minggu depan mungkin lecturer boleh tolong sikit-sikit, dapatkan tips untuk setiap subjek kuliah, dan tanamkan niat yang tinggi untuk berjaya di masa hadapan kelak.


        So untuk kenang-kenangan, aku lampirkan beberapa gambar presentation kita yang terakhir iaitu Book Keeping & Account pada hari ini. Jika nak gambar-gambar disini silalah inform ye nanti aku hantar guna email. ;)

 Presentation kumpulan Khai, Abby dan Maisaroh

Presentation kumpulan Kak Ino, Azatul, dan Khairi

Saturday, 20 October 2012

Jemput Datang Ke Blog Apam Polkadot Banting Saya

    Akhirnya, Blog untuk Apam Polkadot Banting terhasil dengan sekian lamanya. Dengan pembukaan blog ini saya akan sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memberikan anda apam-apam  yang comel ini. Malahan saya akan cuba dengan idea yang baru untuk menarik minat anda semua.

Jadi, tunggu apa lagi datang ke laman Apam Polkadot Banting. Anda pasti ceria terhibur melihat perlbagai jenis apam yang kecil comel ini.

Wednesday, 15 August 2012

Perkahwinan Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan

         Pada hari selasa iaitu 14 Ogos, saya telah diberikan satu tugas oleh Miss Hafizah untuk mempersembahkan sebuah presentation mengenai apa-apa projek yang dijalankan di Malaysia untuk subjek Project Management esok. 

Saya telah memilih projek perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah sebagai modal idea untuk presentation saya. Antara sebab saya memilih perkahwinan ini adalah kerana saya tertarik dengan keunikan majlis pasangan ini tak kira majlis pernikahan, pertunangan dan majlis resepsi merekka. 

Setiapnya mempunyai keunikan tersendiri dan keunikan utama dalam perkahwinan mereka adalah merekka mengguna dan menggamalkan konsep islamic antaranya menggunakan dirham emas sebagai mas kahwin. Majlis yang simple  dan yang paling penting mengutamakan Allah dalam segala perkara.
   
Akhir sekali, tidak lewat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka semoga hubungan mereka akan kekal dan bahagia sehingga ke akhir hayat. ;)

#Wanita Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik

Presentation Project Management














Friday, 10 August 2012

Cinta Untuk Selama-Lamanya




Komen Dari Si Dia Dalam "Kenangan Kita Akan Kekal Selamanya" :

Saya sayang awak untuk seluruh hidup saya.sampai bila bila awak akan sentiasa ada dalam hati saya.saya akan sentiasa menyayangi awak sampai akhir hidup saya.setia saya hanya bersama awak.sayang saya hanya untuk awak.kasih saya hanya pada awak dan cinta saya ikhlas untuk awak.i love you so much sayang.maaf jika selama awak dengan saya,saya menyusahkan awak..buat awak rasa marah,kecik hati atau apa sahaja.saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. saya hanya sayang awak seorang :) ikhlas:haija


Maklum Balas Dari Saya Untuk Si Dia :

            Terima kasih awak kerana telah menjadikan diri saya sebagai seorang yang amat penting dalam hidup awak. Bagi saya, saya rasa amat bertuah kerana dicintai oleh seseorang yang amat saya cintai iaitu diri awak. Sepanjang hayat saya, tiada orang lain selain diri awak yang sentiasa bertakhta didalam hati saya ini. <3

Awak pasti masih ingat lagi, saat-saat perkenalan kita yang pertama dulu ketika kita darjah 3 sama kelas dahulu. Saat tu kita sering bergaduh, cari pasal dan sakat menyakat antara satu sama lain. Sehinggalah pada suatu masa entah kenapa tiba-tiba pandangan saya, perasaan saya dan hati saya berubah, bila awak dihadapan saya hati saya sentiasa berdegup kencang dan perasaan malu saya menguasai diri saya. Masa dulu memang tak mengerti apa itu cinta, tapi kerana bencilah ia membuatkan kita dari benci kini menjadi cinta, dan dari gaduh-gaduh kini kita menjadi sayang antara satu sama lain. :)

Memang tidak dapat dinafikan lagi yang saya telah jatuh cinta pada awak pada saat itu. Malah bukan itu sahaja, awak sentiasa membuat saya kerap kali jatuh dan jatuh cinta pada awak sehinggalah kini. Disebabkan itu awak kena bertanggungjawab kerana buat saya selalu jatuh cinta pada awak. Awak kena denda iaitu awak kena mencintai hanya saya seorang sahaja untuk selama-lamanya. ;p

Secara jujurnya saya tak pernah sesekali pun ambil hati,terasa atau kecik hati terhadap awak sedikit pun tidak ada sama sekali. Jikalau ada pun, saya sudah memaafkan awak walau apa pun terjadi. Jangan risau ye awak saya sentiasa memaafkan awak, tapi saya nak bagitahu sesuatu ni pada awak. Maaflah kat sini tiada duit raya untuk awak tau. Hehehe. Selamat Menjalani Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Syawal yang akan menjelma tiba. Ikhlas dari seseorang yang sentiasa mencintai diri awak: Amin ;)

#Saya Cintakan Awak Dulu, Kini & Selamanya.

Thursday, 9 August 2012

Jamuan Berbuka Puasa Kelas DOA 24

Berbuka Puasa Di KFC Banting

        Terima kasih kepada rakan-rakanku yang hadir memeriahkan jamuan berbuka puasa bersama-sama ini. Tidak lupa kepada yang tidak dapat hadir tu jika ada peluang lagi untuk melakukan aktiviti bersama-sama diharap dapat hadir di lain hari untuk menambahkan lagi suasana, keceriaan, serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita semua.

Antara sebab aku mengadakan aktiviti ini adalah sebab kita semua jarang meluangkan masa bersama-sama, bergurau senda, ketawa bersama-sama, berseronok dan melakukan aktiviti bersama. Oleh yang demikian, aku menggunakan peluang ini iaitu Bulan Ramadhan yang mulia ini untuk melakukan jamuan berbuka puasa bersama-sama antara kita semua. Aku mengharapkan aktiviti ini akan membuatkan kita tidak sesekali melupakan rakan-rakan yang sama-sama berjuang dalam mempelajari ilmu bersama-sama, menempuhi susah senang menghadapi test, exam, assingment, kuiz dan macam-macam lagi yang ditempuhi untuk sampai ke menara gading.

Akhir sekali, ingin aku ucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakanku yang bersemangat serta memberikan kerjasama untuk aku melaksanankan program berbuka ini. Kita ibaratkan bersatu teguh, bercerai roboh tanpa anda semua, tak jadilah kelas kita " Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa" nanti. Tidak lupa juga kepada abang cina yang tolong tangkapkan gambar kita bersama-sama, terima kasih sangat-sangat. Sekian sebagai akhir bicara, aku berharap ini adalah salah satu kenangan kita yang tidak dapat dilupakan bersama-sama. ;)

#Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas.

Program Subjek Akaun

Aktiviti-aktiviti dalam Program Akaun

              Hari rabu bersamaan tarikh 8 Ogos 2012 di College MCS, telah dilaksanakan aktiviti Program Akaun dengan meriah dan amat menghiburkan sekali. Aktiviti yang menguji minda, imiginasi, kesungguhan, serta daya tumpuan bagus untuk mengisi dan memberikan semangat kepada Mahasiswa MCS. Program ini telah disertai semua kuliah yang mengambil subjek akaun dalam subjek Akaun.

Nama kumpulan Aku dalam program ini ialah kumpulan no 21 dan merupakan salah satu daripada 4 kumpulan dari Group DOA 24. Kesemua ahli Aku terdiri daripada 7 orang, 5 perempuan dan 2 lelaki termasuk Aku sendiri. Ahli-ahli kumpulan Aku iaitu aku sendiri Amin, Ridzuan, Zila, Fatin Aini, Iama, Efa, dan juga Hamisah. Tetapi salah sorang ahli kami Ridzuan tidak dapat menhadirkan diri kerana demam.

Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan dalam program ini, yang pertama ialah permainan mencari perkataan dalam bahasa inggerisnya ialah Cross Word. Masa diberi dalam permainan ini iaitu 15 minit dan semua perkataan adalah berdasarkan subjek akaun itu sendiri. Dalam permainan ni kira mudahlah sebab mencari ayat. Tapi bengang sebab ada ayat terbalik, aku tabik pada ahli kumpulan aku sebab mereka boleh nampak. 

Permainan kedua pula ialah antara permainan yang aku tak gemari iaitu permainan teka silangkata. Bab ni memang kena mengeja perkataan, bukan ayat-ayat biasa tapi nombor, waktu jam, dan memang kena main-main tambah-tolak-bahagi-darab. Antara contohnya 1200 nanti kena tulis One thousand and two hundred. Kalau yang gagal mengeja dan sebut memang sebutan "and" tak ada.

Permainan ketiga pula adalah paling mencabar, cari nombor dalam gambar dari 1 sehingga 25. Game ni, Aku tak dapat nak bezakan nombor apa yang ada pada gambar tersebut sehingga main pangkah je apa yang berkaitan dan tak berkaitan pun kena jugak. Resolusi gambarnya tak HD jadi memang banyaklah yang kumpulan aku tak dapat cari.


Akhir sekali adalah permainan membuat kraf kecik menggunakkan surat khabar. Kena hasilkan surat khabar menjadi barang yang telah di senaraikan dan pilih satu je. Antara kraf yang kena buat ialah lori, rumah, menara, mesin photostat, set sofa, set sofa, dan bank. Kumpulan Aku bersetuju untuk membuat set sofa, nak tahu sofa kumpulan Aku macammana anda boleh tengok sendiri gambar-gambar diatas. Sofa yang boleh jadi macam-macam. 

Walaupun tak menang no. 1 dalam program ni, Aku amat berpuas hati dan terhibur dengan aktiviti ini, cukuplah dapat hadiah saguhati pun dah menenangkan hati. Sebenarnya masih tak dapat menerima kenyataan sebenarnya kalah. Apa-apa pun tahniah kepada Pensyarah yang telah menganjurkan program ni dengan jayanya. ;)

#Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Buatlah Lagi.



Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Sesi Julai 2012-Jun 21013
College MCS
42700 Banting, Selangor

Pihak Pengurusan MCS College
Lot 1, Aim Point Plaza,
Bandar Sungai Emas,
42700 Banting, Selangor

Tuan/Puan,

PERMOHONAN BILIK KHAS UNTUK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dimaklukan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengajukan surat permohonan ini untuk perhatian pihak tuan/puan.

2.         Sehubung dengan itu pihak Majlis Perwakilan Pelajar memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk memberi kelulusan kepada pihak kami bagi mendapatkan sebuah bilik kosong untuk dijadikan sebagai bilik gerakan Majlis Perwakilan Pelajar. Permohonan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pihak kami bagi menjalankan sebarang aktiviti kolej dan juga perbincangan dari semasa ke semasa.

3.         Untuk makluman pihak tuan/puan, salah satu cara pihak kami mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar sebelum ini adalah dengan menggunakan kelas-kelas kosong yang tiada sesi pembelajaran, tetapi kebanyakkan kelas-kelas yang kosong hanya pada waktu petang antara pukul 5 petang shingga pukul 6 petang. Oleh yang demikian, ianya telah menjejaskan pihak kami untuk membuat sebarang perjumpaan dan aktiviti bersama kerana masalah masa, tempat yang sesuai, dan keselesaan kami untuk melakukan sebarang perjumpaan dan aktiviti.

4.         Sehubung dengan itu, pihak kami amat berharap agar permohonan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan.

5.         Kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Diharap keputusan yang diberikan nanti dapat membantu memantapkan lagi tahap kepimpinan generasi Majlis Perwakilan Pelajar College MCS.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,                                              Disahkan Oleh,

…………………..                                  ……………………
(Aminurasyid Bin Zainal Abidin)                (Cik Mima Razana Mat Ghani)
Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar    Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar
College MCS                                            College MCS




Tuesday, 7 August 2012

Kenangan Kita Akan Kekal Selamanya

"Akan ku kekalkan kenangan ini sehingga akhir hayat" 


      Bila mengatakan yang aku cinta pada dia, pasti orang akan bertanyakan dah berapa lama couple. Couple? apa kaitan couple dengan bercinta? Apa yang pentingnya dengan mengatakan couple ni? kenapa nak bercinta mesti ada kaitan dengan couple?

Memang trend zaman kini, kalau nak bercinta je mesti akan mengatakan couple. Sebenarnya Couple dan Cinta adalah jauh berbeza sama sekali dan tidak sama maksudnya. Cinta adalah perasaan manakala Couple adalah hubungan jadi memang jauh maksudnya disitu.

Pada pandangan Aku jika kita betul-betul dan benar-benar cintakan seseorang, buktikan dengan kesetiaan terhadapnya dan tidak lupa tunjukkan keikhlasan yang kita mahukan dirinya dan ingin hidup bersama dengan dia.

Tetapi jika setia pada satu tidak boleh, apa gunanya mengatakan anda cinta padanya jika anda tidak benar yang anda akan setia dan cinta pada dia seorang sahaja. Tanya pada diri, apa yang anda mahukan dalam bercinta. Adakah anda bercinta kerana kepentingan diri sendiri? Anda pasti tahu menilainya.. ;)

#Jika dia adalah jodohku, Maka dekatkanlah dia kepadaku.

Sunday, 5 August 2012

Dia Adalah Cinta Hatiku Seorang

Kenangan Antara Aku & Dia


        Dia adalah seorang yang amat bererti dalam hidup walaupun selalu menunjukkan sifat kasar pada luaran, tapi dalam dirinya hanya Aku sahaja yang mengetahui dirinya bagaimana. Dia sering mewarna dan menceriakan setiap hari-hariku dengan telatah dan karenahnya yang pelbagai ragam dan tak pernah sedikit pun bagiku rasa rimas dan bosan bila bersama dia malah ia membuatkan Aku semakin jatuh dan jatuh cinta pada dia setiap hari. Ingin Aku memberitahu pada dia yang Aku sentiasa jatuh cinta pada dia setiap hari dan hanya dia seorang untuk selama-lamanya.            


Meskipun dia duduk berjauhan dari aku ia tak ada masalah untuk Aku bersama dengan dia, walau dimana pun dia berada Aku akan sentiasa dekat dengan dia, walau jauh sekalipun jarak antara kami berdua. Aku tetap akan hadir untuk menemani dia ketika dia memerlukan Aku berada disamping dia. Aku janji hanya mencintai dia seorang sahaja dan hidup bersama dengan dia untuk selama-lamanya. ;)

#Setia Pada Yang Satu, Pasti Membuatkan Hubungan Lebih Bahagia 


Ulangtahun Kelahiran Abah Ke-58

Juadah-juadah berbuka bersama ayahanda tercinta

       5 Ogos adalah hari yang tak dapat Aku lupakan, kerana ia adalah tarikh lahir seorang yang amat penting dan merupakan seorang idola dari kecik malah menjadi hero dalam hidup Aku. Tidak lain dan tidak bukan dia ialah abah Aku yang bernama Haji Zainal Abidin Bin P. Ahmad yang kini sudah masuk 58 tahun usianya. Bagi Aku abah adalah segala-segalanya dalam hidup Aku, kerana  dia adalah abah yang satu dan terakhir dalam dunia untuk Aku. Malah tiada seorang pun yang dapat ganti tempatnya tak akan sesekali pun dalam hidup Aku untuk selama-lamanya.


"Selamat ulang tahun kelahiran abah, anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abah kekal sepanjang hayat." Ikhlas dari anakmu yang sentiasa menyayangi dirimu. - Aminurasyid.

#Kasih ibu akan membawa ke Syurga, Kasih ayah akan kekal sepanjang masa. 

Friday, 3 August 2012

Pendahuluan

Hijau Adalah Duniaku

Dalam hidupku warna hijau sentiasa ada pada diri Aku, tak kira dimanapun Aku berada ke utara, selatan, timur, dan barat sekalipun warna hijau mesti ada. Bagi Aku warna hijau ni sudah menjadi sebati dalam diriku, tak kira dalam setiap lafaz, gaya pemakaian, cara pemikiran, atau apa sekalipun dan ia telah menjadikan warna hijau ini menjadi sebuah lambang kepada diri Aku. Lantaran itu, Aku menggunakan warna kegemaran Aku iaitu warna hijau ini sebagai salam pengenalan dan tema kepada Blogger Aku yang sulung ni "Hijau Adalah Duniaku". ;)

#Warna kegemaran Aku adalah warna hijau.